jkf2tlc4.Blogspot
ini dibina atas dasar memenuhi kehendak
Subjek LCA 4073
PENGURUSAN FATWA
FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG2
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
(USIM)

Monday 26 September 2011

Tentang Mufti-Muda.Blogspot.com


LATAR BELAKANG
Organisasi Mufti Muda Malaysia ditubuhkan oleh kelompok pelajar muda di Fakulti Syariah dan Undang, dibawah pengkhususan Pengurusan Fatwa.  Jawatankuasa ini merupakan badan yang berperanan untuk membincang isu semasa yang sering menjadi tanya dalam masyarakat dan memberikan pandangan  

VISI
Menjadi Ikon Generasi Muda dan menanam minat mencintai Hukum Fiqh sebagai panduan dalam kehidupan. Dan memperkenalkan Teori dan Manhaj penghukuman yang telus dan berhemah.

MISI
Melatih Mahasiswa Jurusan Syariah khususnya dan pencinta Ilmu Fiqh supaya menjadi Ahli Syariah yang bijak mengatasi sesuatu masalah yang bakal wujud di dalam Masyarakat dengan berpandukan dengan Fatwa yang telah diwartakan sebelum ini.

OBJEKTIF
1.Mewujudkan sebuah organisasi yang bertanggungjawab dan berperanan sepenuhnya dalam pengurusan dan penyelarasan fatwa di peringkat kampus.
2. Menjadi pusat penyelidikan yang berwibawa berkaitan isu-isu kefatwaan dan ijtihad.
3. Menawarkan perkhidmatan kepakaran penuntut Ilmu Syarie dan masyarakat dalam hal ehwal yang berkaitan dengan hukum syarak.
4.  Mewujudkan komunikasi pintar di Internet seperti perbincangan penulisan tokoh-tokoh agama, pertukaran pendapat, dan memberi tutorial mudah untuk mengenalpasti masalah dan lain-lain.


No comments:

Post a Comment