jkf2tlc4.Blogspot
ini dibina atas dasar memenuhi kehendak
Subjek LCA 4073
PENGURUSAN FATWA
FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG2
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
(USIM)

Tuesday 27 September 2011

Bahagian Pentadbiran Fatwa Mufti Muda

Organisasi Mufti Muda Malaysia 

No 11, Aras 43, Quill 7,
 Jalan Sentral Stesen 5,

Kuala Lumpur Sentral,WPKL


Free Tol : 1 800 88 6832

Email :mufti.muda@gmail.com


AURAD MUHAMMADIAH


Warta Kerajaan

DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE

PUBLISHED BY AUTHORITY
4hb Ogos 1994
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK
(NEGERI SEMBILAN) 1991
(Enakmen No. 1 Tahun 1991)

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW
(NEGERI SEMBILAN) ENACTMENT 1991
(Enactment No.1 of 1991)

PEMBERITAHUAN FATWA
NOTIFICATION OF FATWA

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991, maka Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, dengan ini mengeluarkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.


IN exercise of the powers conferred by section 30 of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) Enactment 1991 and approved unanimously by the Islamic Legal Committee pursuant to subsection 33(6) of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) 1991, the Mufti of Negeri Sembilan State Government on behalf and in the name of Islamic Legal Committee, hereby issue the Fatwa as specified in the Schedule.



JADUAL/SCHEDULE

A.                BAHAWA buku yang bertajuk –

(a)                “Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan” yang ditulis oleh Ustaz Hj. Ashaari Muhammad, dan

(b)               “Manaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad Bin Abdullah As Suhaimi” yang ditulis oleh Mohamad Taha As Suhaimi.

Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahamana yang bertentangan dengan aqidah dan Syariah Islamiah serta boleh mengelirukan dan menyesatkan masyarakat Islam.
     
B.                 BAHAWA Kumpulan Darul Arqam@al-Arqam, iaitu suatu kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku bertajuk –

(a)        “Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan” dan

(b)               “Manaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad Bin Abdullah As Suhaimi”.

Adalah suatu kumpulan yang sesat dan bertentangan dengan aqidah dan Syariah Islamiah serta boleh mengelirukan dan menyesatkan masyarakat Islam.

C.                             Oleh yang demikian –

(a)                percetakan, penerbitan, pemilikan, penyiaran, penyebaran atau pengedaran buku “Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan” dan “Munaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad Bin Abdullah As Suhaimi” termasuk

(i)         apa-apa bentuk, versi atau variasinya;
(ii)                                 apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;
(iii)             apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu, pada atau atas apa-apa bahan sama ada bahan cetak atau elektronik atau melalui apa-apa media adalah haram.

(b)               pengajaran, pembelajaran, pengalaman dan penyebaran ajaran-ajaran atau fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku “Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan” dan Munaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad Bin Abullah As Suhaimi” adalah haram;   


(c)                kumpulan Darul Arqam @ al-Arqam itu atau mana-mana kumpulan lain atau orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku “Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus menjawab Tuduhan” dan “Munaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad Bin Abdullah As Suhaimi” adalah haram ;

(d)                           Adalah haram bagi orang Islam –

(i)           menjadi anggota atau memimpin kumpulan Darul Arqam @ al-Arqam atau mana-mana kumpulan lain yang disebut dalam perenggan  ( c );

(ii)               membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan   sedemikian.



SAHIBUS SAMAHAH
DATO’ HAJI MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD
Mufti Kerajaan Negeri Sembilan



Dibuat pada 2hb. Ogos, 1994
Seremban
[PU/NS (JB) (Ag) (Majlis) 15/92; PANS (S) 196/07 (472/51]

BUKU-BUKU DAN RISALAH AJARAN SESAT

Warta Kerajaan

DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE

PUBLISHED BY AUTHORITY
20hb Jun 1996
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK
(NEGERI SEMBILAN) 1991
(Enakmen No. 1 Tahun 1991)

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW
(NEGERI SEMBILAN) ENACTMENT 1991
(Enactment No.1 of 1991)

PEMBERITAHUAN FATWA
NOTIFICATION OF FATWA

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991, maka Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, dengan ini mengeluarkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.


IN exercise of the powers conferred by section 30 of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) Enactment 1991 and approved unanimously by the Islamic Legal Committee pursuant to subsection 33(6) of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) 1991, the Mufti of Negeri Sembilan State Government on behalf and in the name of Islamic Legal Committee, hereby issue the Fatwa as specified in the Schedule.

JADUAL/SCHEDULE

1.                  Mana-mana orang atau kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku dan risalah berikut :

(a)                Qamar Al-Huda
(b)               Nukilan Ahli Sufi Allahu Akhbar Encik Bahrin bin Salleh
(c)                Risalah kesufian – Anjuran Baharin Salleh
(d)               Sebaik-baik makrifah yang dipertunjukkan bagi hati,

(Selepas ini disebut secara kolektif sebagai “buku-buku dan risalah tersebut”) adalah menyalahi akidah Islam dan menyesatkan.

2.                                                                                          Mana-mana orang Islam adalah dilarang –

(1)               untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku dan risalah tersebut;

(2)               untuk mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan atau mengedarkan buku-buku dan risalah tersebut atau mana-mana bahagian buku-buku dan risalah tersebut dalam –

(i)                 apa-apa bentuk, versi atau variasi;

(ii)               apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii)             apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku dan risalah tersebut itu pada atau atas apa-apa bahan sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(3)               untuk menjadi ahli, anggota, pengikut atau pemimpin mana-mana kumpulan yang tersebut dalam perenggan 1 atau membantu dalam menghidupkan atau memberi publisiti atau mengembangkan kumpulan sedemikian.



Bertarikh 17 April 1996
[PU/NS (JB) (Agama) 15/92 Jld.1];
[PANS.196(07)220/1 Klt.3.]


DATO’ HAJI MOHD MURTADZA BIN HAJI AHMAD
Mufti Kerajaan Negeri Sembilan