jkf2tlc4.Blogspot
ini dibina atas dasar memenuhi kehendak
Subjek LCA 4073
PENGURUSAN FATWA
FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG2
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
(USIM)

Tuesday, 27 September 2011

WANG SIMPANAN KWSP dan PERKESO

Warta Kerajaan

DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE

PUBLISHED BY AUTHORITY

ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK
(NEGERI SEMBILAN) 1991
(Enakmen No. 1 Tahun 1991)

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW
(NEGERI SEMBILAN) ENACTMENT 1991
(Enactment No.1 of 1991)

PEMBERITAHUAN FATWA
NOTIFICATION OF FATWA

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991, maka Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, dengan ini mengeluarkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.


IN exercise of the powers conferred by section 30 of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) Enactment 1991 and approved unanimously by the Islamic Legal Committee pursuant to subsection 33(6) of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) 1991, the Mufti of Negeri Sembilan State Government on behalf and in the name of Islamic Legal Committee, hereby issue the Fatwa as specified in the Schedule.



JADUAL/SCHEDULE




1.                  Bahawa wang deposit di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Wang Simpanan Pertubuhan Kebajikan Sosial (PERKESO), dan seumpamanya atau mana-mana harta alih atau harta tak alih yang disyaratkan diletakkan penama hendaklah menjadi harta pusaka.


2.                  Penama-penama kepada harta pusaka tersebut hendaklah membahagikan harta peninggalan si mati kepada waris-waris mengikut hukum faraid.


3.                  Mana-mana pihak atau agensi yang bertanggungjawab menguruskan harta pusaka tersebut hendaklah terikat dengan pembahagian yang ditetapkan melainkan jika terdapat persetujuan sebaliknya daripada waris-waris yang berkenaan.









Bertarikh 12 Januari 2002.
[JMKNNS 209 (01)914/1;
PU/NS(JB) 5/2001]



DATO’ HJ. MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD
Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment