jkf2tlc4.Blogspot
ini dibina atas dasar memenuhi kehendak
Subjek LCA 4073
PENGURUSAN FATWA
FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG2
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
(USIM)

Tuesday 27 September 2011

PENAMBAHAN SYARAT KEPADA PENGIKTIRAFAN SEORANG SEBAGAI ISLAM

Warta Kerajaan

DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE

PUBLISHED BY AUTHORITY
25hb Oktober 2001

ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK
(NEGERI SEMBILAN) 1991
(Enakmen No. 1 Tahun 1991)

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW
(NEGERI SEMBILAN) ENACTMENT 1991
(Enactment No.1 of 1991)

PEMBERITAHUAN FATWA
NOTIFICATION OF FATWA

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991, maka Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, dengan ini mengeluarkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.


IN exercise of the powers conferred by section 30 of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) Enactment 1991 and approved unanimously by the Islamic Legal Committee pursuant to subsection 33(6) of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) 1991, the Mufti of Negeri Sembilan State Government on behalf and in the name of Islamic Legal Committee, hereby issue the Fatwa as specified in the Schedule.

JADUAL/SCHEDULE

Isu 1       :           Penggunaan nama atau yang dikaitkan dengan Islam dalam nama sesuatu Pertubuhan boleh mengelirukan akan Agama Islam dan ajarannya.

Fatwa :
                        Tiada halangan untuk menggunakan perkataan Islam oleh mana-mana pertubuhan malah digalakkan dengan disiplin ilmu, iman dan ihsan.  Mana-mana orang atau pertubuhan yang menggunakan perkataan Islam untuk tujuan mengelirukan dan menyeleweng adalah salah dan boleh diambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Isu 2      :            Penambahan syarat kepada pengiktirafan seseorang sebagai orang Islam.

Fatwa  :

            Seseorang itu sudah diiktiraf sebagai orang Islam jika menepati Rukun Iman dan Rukun Islam.  Dari itu adalah salah dan tidak berhak bagi mana-mana pihak menambah apa-apa syarat bagi menentukan keislaman seseorang itu.  Fahaman sedemikian adalah salah di sisi Islam.  Oleh itu sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru, menyebar dan lain-lain cara sebaran akan fahaman tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebar ajaran salah atau menyeleweng.

Isu 3       :           Dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada pihak tertentu
                                    Diperlukan sebelum seorang Islam dilayakkan ke syurga dan
                                    Kenyataan bahawa orang tertentu akan ditempatkan di neraka.

Fatwa  :

            Ketentuan syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah s.w.t.  Dari itu dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang atau pertubuhan tertentu diperlukan sebelum seorang Islam dilayakkan ke syurga atau neraka adalah salah menurut ajaran Islam.  Oleh itu sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru, menyebar dan lain-lain cara sebaran akan fahaman tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebar ajaran salah atau menyeleweng.


Bertarikh 25 Rejab 1422H/13 Oktober 2001
[PU/NS (JB) 5/2001; JMKNNS. 209(01)914/1]


DATO’ HJ. MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD
Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment