jkf2tlc4.Blogspot
ini dibina atas dasar memenuhi kehendak
Subjek LCA 4073
PENGURUSAN FATWA
FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG2
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
(USIM)

Tuesday 27 September 2011

HUKUM MEWARNAKAN RAMBUT

Warta Kerajaan

DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE

PUBLISHED BY AUTHORITY
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK
(NEGERI SEMBILAN) 1991
(Enakmen No. 1 Tahun 1991)

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW
(NEGERI SEMBILAN) ENACTMENT 1991
(Enactment No.1 of 1991)

PEMBERITAHUAN FATWA
NOTIFICATION OF FATWA

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991, maka Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, dengan ini mengeluarkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.


IN exercise of the powers conferred by section 30 of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) Enactment 1991 and approved unanimously by the Islamic Legal Committee pursuant to subsection 33(6) of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) 1991, the Mufti of Negeri Sembilan State Government on behalf and in the name of Islamic Legal Committee, hereby issue the Fatwa as specified in the Schedule.

JADUAL/SCHEDULE
  
1.                              Sunat

Mewarna rambut kerana uban dengan apa-apa warna selain dari warna hitam


2.                              Harus

(a)                                        Mewarna rambut dengan warna hitam untuk tujuan jihad

(b)               Mewarna rambut bagi isteri dengan warna hitam untuk tujuan berhias bagi suami.


3.                              Makruh

(a)                                        Mewarna rambut supaya kelihatan seperti orang soleh

(b)               Memutihkan rambut dengan apa juga bahan bagi tujuan untuk kelihatan tua atau mendapat kedudukan dalam masyarakat, atau diterima percakapannya.


4.                              Haram


(a)                Mewarna rambut dengan warna hitam kecuali sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 2(a) dan (b)

(b)               Mewarnakan rambut sehingga menyerupai (tasyabbuh) perlakan orang bukan Islam.          



Bertarikh 12 Januari 2002
[JMKNNS 209(01)914/1;
PU/NS(JB) 5/2-001]



DATO’ HJ. MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD
Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

No comments:

Post a Comment